Monday 9 December 2013

Apam Gula Hangus.

Lama jugak tak update blog. Kadang sudah buat tapi tak menjadi seperti yang diingini. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang mudah. Terima kasih pada Kak Rose dari blog seripayaku.blogspot.com. Banyak yang menarik di blog beliau.




APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara 

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan

Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.

Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Note :- Saya campurkan butter kedalam adunan gula hangus itu. Adunan yang telah dicampur degan air. Tutup api dan masukkan margerin atau butter tadi. Saya gunakan  acuan kecil. Masa mengukus dlm 15-20 minit. Pastikan acuan disapu dengan minyak.

Monday 18 November 2013

Apple Crumble Muffin

Di rumah ada stok epal hijau. Saya membuat tinjauan dari blog Dapur Tanpa Sempadan milik Mat Gebu. Kebetulan saya mencari resepi mudah muffin untuk bekalan adik saya yang akan pulang ke rumah dia. Buat muffin ni mudah ajer dan tidak mengambil masa yang panjang. Mari kita semak resepi ini.




APPLE CRUMBLE MUFFIN Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!

 Nota  : Saya suka jika muffin ini ditambah dengan serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.

Sunday 17 November 2013

Macaroni and Cheese

Tengahari tadi di FoodNetwork channel ada rancangan "Not my mama's meal". Memandang kebanyakkan bahan yang diperlukan ada, maka saya pun mencuba Saya suka sebab rasanya light ajer. Tidak berapa muak.Saya buat ini untuk dimakan oleh 2 orang. Sukatan resepi ini saya agak-agak ajer . Boleh juga ditambah dgn isi ketam. Tentu enak dimakan.





Macaroni and Cheese

Bahan-bahannya :-

1 cawan macaroni .
Garam untuk perisa

Bahan Sos :-

50 gm labu lemak yang dipotong labu. Rebus atau kukus. Kisar dijadikan puri.
2 sb mentega
2 sb tepung
1/2 cawan susu segar
1 cawan air dari rebusan macaroni
1 cawan cheedar cheese
sedikit lada hitam
sebuk buah pala
serbuk cayenne
garam utk perisa.

Untuk topping:-

1/2 cawan serbuk roti.
2 sb minyak jagung
2 sb parmesan cheese

Cara-caranya:-

1. Rebus macaroni hingga kembang. Ambil 1 cawan iar rebusan untuk sos. Toskan.

2. Kalau kuali atau periuk lain cairkan mentega. Masukkan tepung dan whisk agar tidak berketul.

3. Masukkan susu dan air rebusan. Masukkan juga cheedar cheese yang telah diparut. kacau rata.

4. Bila sos agak pekat  masukkan bahan perasa ( sebuk lada hitam, serbuk buah pala dan serbuk cayenne).

5. Gaulkan sos dengan macaroni hingga rata. masukkan kedalam dulang pembakar

6. Gaulkan serbuk roti dengan minyak  dan parmesan cheese. Taburkan ke atas aduanan macaroni tadi.

7. Bakar dalam oven pada suhu 190 c selama 25-30 minit.  Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.


Thursday 14 November 2013

Pai Ayam

Atas permintaan keluarga mereka minta buatkan Pai ayam. Inspirasi dtang dari resepi Kak Wan dari dari Citarasawan di sini http://resipicitarasawan.blogspot.com/search/label/Pastry?max-results=2 dan dari Puan Azie dari Azie Kitchen  di sini http://aziejaya.blogspot.com/2012/05/pai-ayam-melbourne.html. Saya sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah



Resepi untuk pastry

Bahan-bahannya:-

120 gm tepung gandum
60 gm mentega dipotong dadu
sedikit garam
beberapa sudu susu sejuk atau air sejuk

Cara-caranya:-
1. Masukkan tepung, garam dan mentega kedalam mangkuk. Gunakan hujung jari untuk jadikan adunan tepung seperti serbuk roti. Selalu saya bentangkan plastik wrap. Masukkan susu sejuk atau air sedikit demi sedikit sampai agak bergumpal sikit dan terus tuang atas plastik wrap dan bungkus. Sejukkan seketika dalam peti sejuk. Sementara itu kita boleh buatkan inti pai ayam.

Bahan untuk intinya :-

100 gm dada ayam di potong kecil
1/2 biji bawang holland di potong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
20 gm kacang peas
20 gm lobak merah di potong dadu
1 biji kentang di potong dadu
1 paket serbuk sup ayam berkrim ( cth mcm vono tan campbell)
200 ml air
rempah kurma
sedikit cayenne
minyak untuk menumis
sedikit cuka epal. optional.
garam untuk perasa.

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga lembut.
    Masukkan dada ayam. Kacau seketika.

2. Masukkan rempah kurma dan cayenne. Masukkan juga kentang dan lobak merah. Kacau rata
    Biarkan seketika hingga air ayam keluar. Masukkan juga kacang peas.

3. Bancuh serbuk  sup ayam bersama air dan masukkan kedalam periuk. Biarkan sehingga empuk.    

4. Perisakan dengan garam dan cuka epal. Sejjukkan seketika.

Canaikan pastry dlm ketebalan 1/4 inci. Letakkan dalam bekas pembakar. Isikan dgn inti ayam dan tutup dengan satu lagi adunan pastry. Sapukan dengan telur yang dicampur dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dlm suhu 200 c selama 30 minit.




Saturday 9 November 2013

Cinnamon Rolls Ninety Minute

Dari semalam bercita-cita nak buat. Sampai masuk dalam mimpi. Alahai. Dengan rasa yakin semua bahan ada, maka bermulalah seisi menguli. Satu adunan tu agak banyak . Saya bahagikan kepada dua bahagian.
Saya simpan sebahagian di dalam freezer. Bila nak buat topping cari serbuk kayu manis tak jumpa. Terlupa mana saya letak sebelum ini. Maka apalagi saya pun menumpuk kayu manis yang sedia ada. Redha ajerlah. Nak cari kat kedai yang berdekatan belum tentu jumpa. Resepi ini saya dapat dalam website All recipies.com. ada video sekali untuk rujukan.Boleh dapatkan resepi disini. http://allrecipes.com/recipe/ninety-minute-cinnamon-rolls




Cinnamon Rolls Ninety Minute

180 ml milk
55 gm margarine
405 gm all purpose flour
7 g instant yeast
50 gm white sugar
3 gm salt (1/2 tsp)
60 ml water (1/4 cup)
1 eggs

Topping
220 g brown sugar (1 cup )
115 g margarine softened
80 gm raisins

Directions
Heat the milk in a small saucepan until it bubbles, then remove from heat. Mix in margarine; stir until melted. Let cool until lukewarm.
In a large mixing bowl, combine 2 1/4 cup flour, yeast, sugar and salt; mix well. Add water, egg and the milk mixture; beat well. Add the remaining flour, 1/2 cup at a time, stirring well after each addition. When the dough has just pulled together, turn it out onto a lightly floured surface and knead until smooth, about 5 minutes.
Cover the dough with a damp cloth and let rest for 10 minutes. Meanwhile, in a small bowl, mix together brown sugar, cinnamon, softened margarine.
Roll out dough into a 12x9 inch rectangle. Spread dough with margarine/sugar mixture. Sprinkle with raisins if desired. Roll up dough and pinch seam to seal. Cut into 12 equal size rolls and place cut side up in 12 lightly greased muffin cups. Cover and let rise until doubled, about 30 minutes. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
Bake in the preheated oven for 20 minutes, or until browned. Remove from muffin cups to cool. Serve warm

Thursday 7 November 2013

Super Soft Lemon Cake

Assalammualaikum semua.  Lama betul tidak menulis di dalam blog ini. Hari ini saya ingin kongsikan resepi dari bekas rakan sekolah Puan Rohaida Idris. Kek ini lembut sekali dan tidak muak. Ini kali kedua saya mencuba resepi ini. Pertama kali Lemon saya tukarkan kepada Oren. Kali ini saya hanya membuat separuh dari adunan resepi asal. Kepada yang berminat silalah mencuba. Mudah sekali. Cuma saya nak kongsikan tips dari pengalaman saya sendiri.




Super Soft Lemon Cake

250gm self raising flour
200g gula castor
300gm telur (tanpa kulit) (6biji telur B)
1 camb ovalette
1 camt baking powder
3 camb susu pekat
50ml jus lemon (+air 50:50)
175g butter (dicairkan)
lemon zest dr sebiji lemon
pewarna kuning lemon.
esen vanilla


Pukul semua bahan kecuali butter hingga gebu dan kuantiti menjadi double.(boleh disatukan semua bahan kecuali butter kedalam mangkuk pengadun). masukkan butter dan kacau hingga rata menggunakan senduk. bahagi dua bahagian. bahagian 1 diberi warna kuning lemon..bahagian 2 dibiarkan warna asal. tuang kedalam loyang secara berselang seli

bakar pada suhu 160 selama 50 minit.
( panaskan oven terlebih dahulu.)

Cara saya : Saya pukul gula, telur, susu pekat dan ovalette terlebih dahulu sehingga adunan pekat dan menjadi dua kali ganda. Kemudian masukkan jus lemon dab tepung berselang seli. Masa masukan butter yang cair gunakan senduk kayu.

Wednesday 22 May 2013

Kek Lobak Merah.


Resepi kek ini kuantitinya tidak banyak. Sesuai untuk empat orang. Kali ini saya bakar dalm cup kecil. Boleh  gunakan loyang bulat 20 cm. Selamat mencuba.

Kek Lobak Merah.

Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam halus
1/4 sk serbuk kayu manis
2 biji telur gread A
1 cawan gula halus
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan parutan lobak merah. Perah airnya sedikit
1/2 cawan nenas dicincng halus
1/2 cawan walnut dicincang
1/4 cawan kismis
1 sk lemon paste

Cara-caranya:-

1. Satukan tepung, baking power, baking soda, garam dan serbuk kayu manis. Kacau dgn whisk.
2. Dalam satu mangkuk lain pukul telur bersama gula halus hingga betul-betul kembang.
3. Masukkan minyak dan kacau sebati. Masukkan lemon paste. Kacar
4. Dengan menggunakan spatula masukan nenas, parutan lobak, kismis gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Gaul dengan perlahan.
6. Panaskan oven 160 c. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah digris terlebih dahulu.
7. Bakar dlm 30-45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.




Tuesday 21 May 2013

Stew Ayam.

Cuaca panas keblakangan ini membuat tekak agak sedikit perit. Kena minum air yang banyak. Sebagai hamba Allah perbanyakkan doa, zikir da n tahmid. Semua itu ketentuan Allah . Untuk resepi hari ini saya mendapat inpirasi dari CMG. Tapi resipi main agak-agak ajer ler. Ada tambah ada kurang.



Stew Ayam.

Bahan-bahannya.

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih. ketuk dan cincang.
6 ketul ayam. ( saya pilih bahagian peha)
1 biji kentang
1 batang lobak merak
1 biji cili benggala hijau
1 sb tomato paste
1 sb orange marmalade
1 sb tepung gandum
2 sb cuka epal
1 sk herba campuran
2 sb minyak sayuran.
garam dan lada hitam

Cara-caranya :-

1. Potong dadu, bawang besar, kentang, lobak dan cili benggala. Ketepikan.
2. Perisakan ayam dgn garam dan lada hitam. Panaskan minyak dalam periuk dan goreng hingga sedikit
    perang. Angkat  dan ke tepikan.
3. Masukkan bawang, kentang, lobak dan cili ke dalam periuk bekas goreng ayam tadi. Tumis sehingga
    semua sayur lembut. Masukan bawang putih, orange marmalade dan tomato paste. Biar seketika.
    Masukkan tepung dan gaul  rata. Masukkan cuka epal. Biar seketika.
4. Masukkan ayam, air herba campuran, lada hitam dan garam.
5. Kecilkan api dan biarkan masakan ituh mereneh dgn perlahan.
6. Bila ayam empuk bolehlah hidangkan .

Kepada semua selamat mencuba. Ini adalah salah satu menu sihat serta mudah. Sedap dimakan bersama roti.


Saturday 23 March 2013

Kek Cawan Coklat

Syukur kepada Allah diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menambah satu lagi entry didalam blog ini. Semoga ia menjadi asbab untuk kita saling berkasih sayang sesama hamba Allah. Memandangkan cuti sekolah telah bermula dan akan bertambah meriahlah rumah ini. Resipi ini saya ambil dari website Joy of baking.com.



Bahan-bahannya :-

50 gm serbuk koko
240 ml air panas
175gm tepung serbaguna
2 sk serbuk penaik
1/4 sk garam
113 gm mentega
200 gm gula kastor
2 biji telur besar
2 sk vanilla

Cara-caranya:-

1. Campurkan serbuk koko dan air panas untuk dijadikan paste. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas lain campurkan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas pengadun masukkan mentega dan gula kastor. Pukul adunan sehingga berkrim.
4. Masukkan telur satu persatu serta vanilla. Gaul rata.
5. Dengan kelajuan perlahan  masukkan paste kota berselang seli dengan tepung. Pastikan campuran tepung 
    dimasukkan diakhir proses.
6. Panaskan oven pada suhu 160 c. Sediakan cup. Masukkan adunan kedalam cup sehingga paras 3/4 dari 
    paras cup. Bakar selama 25-30 minit.

Selamat mencuba.







Asam Laksa

Sejak minggu lepas teringin hendak makan laksa. Selalu kalau jual dipasar malam tu cair ajer. Oleh tu mulalah projek mencari resipi yang menepati citarasa dan yang mudah. Hari ini walaupun mood tidaklah seberapa rajin dan jiran yang murah hati memberi bunga kantan dan daun kesum maka terhasillah Laksa. Saya menggunakan laksa basah yang terdapat di pasar. Resepinya saya agak-agak ajer.



Bahan-bahannya :-

1kg laksa basah
1 kg ikan kembong
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
30 tangkai cili kering. rendam sebentar dgn air.
3 cm belacan * terpulang ikut suka
3 kuntum bunga kantan dihiris halus
daun kesum dlm 10 tangkai
asam keping dalam 8 keping
2 liter air.* saya agak-agak ajer.
garam dan gula secukup rasa.

Untuk hidngan sampingan, cili padi, timun, telur rebus.

1. Rebus ikan bersama beberapa asam keping lebih kurang 10 minit. Asingkan isi ikan dari tulang. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan tadi. Ketepikan. Kisar pula tulang ikan dengan sedikit air. Tapis dengan penapis dan bubuh didalam periuk. Bersihkan  jug pengisar tadi.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih,halia serta belacan. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama isi ikan tadi.  Masukkan asam keping selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
3. Renihkan kuah tadi selama 30 minit.
4. Celurkan laksa basah tadi dan toskan.
5. Hiris timun panjang. Hidangakan laksa itu bersama cili padi, timun dan telur rebus. Boleh juga tambah ulam-ulaman seperti daun selom dan hirisan nenas.
 Selamat mencuba.








Sunday 17 March 2013

Lemon Cupcakes with cranberry

Lama juga tak buat cupcakes. Resipi asal dari Lynn Hassan. Guru kek yang gigih yang mengusahakan mysugar class. Kek ini mudah ajer. Mengunakan creamy method. Saya tak ada tepung naik sendiri jadi saya guna tepung biasa dan tambah dengan 1 1/4 sudu kecil baking powder. Kepada kenalan sudilah mencubanya. Saya buat separuh dari adunan ini.




Bahan-bahannya:-

290 gm tepung naik sendiri
250 gm butter
210 gula kastor
4 biji telur
3 tsp vanila. * saya gantikan dgn lemon paste.
4 tbsp fresh milk
tambahan saya campur cranberry kering dalm 1/4 cawan. Cincang halus.

Cara-caranya :-

1.Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebentar.
3. Masukkan vanila.
4. Masukan tepung sedikit demi sedikit. Selalu saya bahagikan kepada 3 bahagian. Olen kerana ada                    
    cranberry saya campurkan sekali dgn tepung.
5. Masukan susu dan gaul sebati.
6. Panaskan oven 160 C. Masukan aduan dalam mangkuk kertas. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga
    masak.




Wednesday 13 March 2013

Ayam Percik resipi Ibu

Resipi ini adalah dari ibu saya. Mulanya beliau dapat resipi ini dalam satu rancangan masakkan di TV. Beliau olah resipi itu mengikut kesesuainya. Mungkin ia berlainan dari resipi orang lain. Tetapi resipi ini sudah sebati dalam keluarga dan akan dimasak setiap kali hari raya. Dengan adanya resipi ini diblog dapat ler cucu-cucu beliau menjadikan ia panduan. Seperti saya masih terkenang-kenang satu masakan dari ibu saudara. Mungkin anak-anak makcik tu tau resipi tu tapi sudah lama tak merasainya.  Membuatnya agak remeh tetapi sememangnya lazat. Tak pernah lagi jumpa orang lain membuatnya. Oklah untuk resipi ayam percik saya catitkan dibawah.


Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam telah dipotong dan dibersihkan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 inci lengkuas*
5 batang serai. 2 dititik dan 3 lagi dikisar*
1 sudu besar assam jawa
sehelai daun kunyit
Santan pekat dari 2 biji kelapa
garam,
gula
belacan
minyak untuk mengoreng dan menumis.

Cara-caranya :-

1.Garam kunyitkan ayam dan goreng sehingga keperangan. Toskan dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda *.
3.Kurangkan  minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi. Masukkan serai yang di titik dan
   cili giling. Tumis dengan api perlahan dan masak hingga garing.
4. Masukkan assam jawa dan belacan. Tumis hingga naik minyak.
5. Masukkan santan pekat dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan juga sebahagian        
    daun kunyit.
6. Bila kuah agak pekat masukkan ayam yang telah digoreng. Kecilkan api dan biar kuah itu
    merenih dengan perlahan.
7. Setelah kuah bertambah pekat boleh ler masukkan dauh kunyit yg diracik halus.
8. Bolehlah dihidangkan.




Tuesday 12 March 2013

Popia Goreng

Syukur kepada Allah diberi kesempatan dan kelapangan untuk menambah satu lagi post dalam blog ini. Sebagai seorang yang baru masih lagi banyak kelemahan. Semua itu saya jadikan cabaran untuk menimba pengalaman. Popia ini mudah dan ringkas untuk disediakan. Tapi kalau tak mulakan langkah tak menjadi jugak. Mari kita semak resepinya.



Bahan-bahannya.

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 gm udang
200 gm sengkuang di hiris. * saya sagat ajer guna mini wonder.
100 gm lobak merak
sedikit daun bawang
garam secukup rasa
sedikit sos tiram

Kulit popia secukupnya.

Cara-caranya.

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih. Masukan udang dan tumis sehingga udang masak.
2. masukkan sengkuang, labak merah. Perisakan dengan garam dan sos tiram.
3. Akhir sekali masukan daun bawang yg sudah dihiris.
4. Sejukkan inti popia.
5. Ambil kulit popia sehelai demi sehelai. Isikan inti sayuran dan bolehlah digulung. Buat
    sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng popia tersebut.
7. Setelah masak angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan bersama sos cili.







Friday 8 March 2013

Kek Pisang Mudah

Assalammualaikum semua. Semoga sesiapa yang membaca blog ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Cuaca masuk bulan March ni agak panas dan terik. Bagus untuk sahabat-sahabat yang membuat macaroon. Pada petang ini memandangkan ada stok pisang dan ada bekas jiran dan kawan yang belum dipulangkan saya buatlah kek pisang. Selalu saya menggunakan resepi CMG kek pisang lembabnya. Tapi hari ni saya pilih resepi beliau yg mudah. Kalau kita tak cuba banyak resipi kuranglah pengalamannya. Kepada sesiapa yang mencubanya boleh tinjau dalam blog CMG tiffinbiru.blogspot.com. Dalam blog beliau resepi ini Kek Pisang cepat siap. Memang mudah dan cepat siap pun.






BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (saya bubuh 130gm gula kastor dan 60 g gula perang)
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur 
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (Saya bubuh sedikit serbuk kayu manis)
Chocolate rice sebagai hiasan( Saya letak badam cincang )
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Sunday 24 February 2013

Kek Cawan Oren.


Hari ini  jelajah blog Kak Ida 'koleksi1001 resepi'. Terjumpalah kek idaman ini. Nampak mudah dan bahan2 semua ada dirumah kecuali 'tepung kek; Saya gantikan tepung kek dengan tepung gandum biasa dan campurkan dekan sedikit tepung jagung. Alhamduliah.Boleh lihat resipi asal di sini. http://www.koleksi1001resepi.com





resepi kek oren ini...

Ingredients
125g butter
1 cup sugar
2 large eggs, or 3 small, separated and whites beaten until stiff
1 teaspoon vanilla extract
2 teaspoon grated orange rind
1 3/4 cups cake flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 tsp salt
1/2 cup orange juice

directions
1) combine butter, sugar, egg yolks, orange rind and vanilla in a mixing bowl...cream these ingredients together thoroughly
2) sift flour, salt, and baking powder together in a separate mixing bowl
3) add dry ingredients to creamed mixture 1/3 at a time alternating with the orange juice
4) fold in beaten egg whites. spoon batter into cupcake liners until 3/4 full. 
5) bake at 180C in a preheated oven for 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in center comes out clean.


Tekstur kek ini memang gebu. Alhamdulilah. Saya dapat 12 cup kecil dan 5 cup besar. Kepada yang ingin mencuba semoga berjaya. Mudah ajer.

Thursday 7 February 2013

Kek Labu Manis


 Sekian lama menyepi diri dari aktiviti 'baking', oleh kerana kerinduan saya pun memulakan pencarian resepi dari bahan-bahan yang ada dirumah. Saya terjumpa resepi ini dalam Allrecipes.com. Oleh kerana nak test resepi ini dan warga rumah pun sedikit saya cuba 1/2 dari resepi ini.


INGREDIENTS:
1 1/2 cups vegetable oil
2 cups white sugar
4 eggs
3 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking soda
2 teaspoons baking powder
3 teaspoons ground cinnamon* saya kurangkan sedikit dan tambat sedikit serbuk halia.
1 teaspoon salt
2 cups solid pack pumpkin puree* saya kukus labu dan lecek.
1/2 cup chopped walnuts * saya tak bubuh cuma taburkan kismis.
saya tambah sedikit ovalet.
DIRECTIONS:
1.Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Grease and flour a 10 inch tube pan. Sift together flour, soda, baking powder, cinnamon and salt. Set aside.
2.In a large bowl, combine oil and sugar. Add eggs one at a time and mix well. Add the flour mixture and beat until smooth. Add nuts and pumpkin and blend until smooth. Pour batter into greased 10 inch tube pan. Saya pukul telur, ovalet dan gula hingga betul-betul kembang. Kemudian masukan minyak dan labu lecek. Akhir sekali masukkan adunan campuran tepung.
3.Bake at 375 degrees F (190 degrees C) for 1 hour or until a toothpick inserted into the center of cake comes out clean. Cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and finish cooling. Dust with confectioners sugar before serving.


Saya dah cuba kali kedua. Ada beberapa perubahan dan rasanya sunggup lembut, lembab dan lemak. Saya kurangkan baking soda dan saya pukul gula halus dan telur hingga betul-betul kembang seperti adunan bahulu. Saya juga tambahkan gula perang  kedalam adunan.  Selamat mencuba.






Thursday 24 January 2013

Puding Roti.

 Puding Roti

Bahan-bahan:-

1 buku roti French loaf
2 biji telur sederhana
4 sudu besar gula halus
20 gm butter
500 ml susu full cream
1 sudu kecil essen vanila
sedikit kismis

Cara-caranya:-

Potong roti. Sapu sebelah roti dgn butter dan susun didalam loyang pembakar. Taburkan juga kismis diantara susunan roti tersebut  Didalam mangkuk lain whisk telur, gula dan susu. Tuang adunan itu kedalam loyang yang berisi roti. Biarkan ia terendam selama 45 minit atau lebih. Taburkan sedikit gula diatas roti tersebut.

Panaskan oven 180 c . Letakkan loyang pembakar kedalam satu bekas lain yg berisi air. Bakar dlm 45 minit.




Sunday 20 January 2013

Deli Sandwich Homemade

 Salam kepada semua. Alhamdulilah kita masih diberi nafas untuk hidup. Semoga nikmat yang diberi ini akan sentiasa disyukuri. Pagi tadi dengar radio IKIM segmen warna pagi. Isu hari ini berkisar berkenaan pemberian Bible kepada pelajar sekolah. Saya setuju dengan Dr Maza. Beliau mencadangkan kerajaan memberi terjemahan Al Quran tanpa versi bahasa Arab kepada rakyat Malaysia. Pada saya umat Islam di Malaysia ini juga kurang berdakwah dan mendokong usaha-usaha dakwah. Teringat saudara-saudara baru kita yg tinggal di pendalaman dan warga asal amat memerlukan naskah Al Quran dan buku-buku ilmiah berkenaan dgn ibadat asas. Apa kata kata kita mulakan hari ni dengan berdakwah dan membantu kerja-kerja dakwah ini.

Pagi tadi saya menyediakan sandwich dari lebihan salad terung saya.



Saturday 19 January 2013

Pancake Mayonnaise DTS.

Pagi ini cuaca amat baik..alhamdulilah. Sabil sarapan dengar pula siaran ulangan usrati diradio IKIM. Antara isu yang terbaik seranan Ustazah Norhafizah adalah bersedekah diawal pagi sebagai pembuka rezeki dan keberkatan. In sha Allah akan cuba diamalkan. Semoga kita semua mendapat redha Allah.




Resepi pancake ini saya ambil dari blog CMG DTS. Tapi saya olah sikit cara-caranya inpirasi dari rancangan Tyler Ultimate.

Bahan-bahannya:-

3/4 cawan tepung naik sendiri.* Sya guna tepung biasa dan tambah 1/2 cmt baking powder.
1/2 cmt baking power
1 biji telur gred A.* Saya asingkan kuning telur dan putih telur.
1 1/2 cmb gula kastor
30 gm mentega, dicairkan
1 cmb mayonnaise
2 cmb susu tepung
1/2 cawan air
1/2 cmt essen vanilla
sedikit garam.

Cara-caranya.

Sediakan semua bahan kering dan gaul rata. ketepikan.

Putih telur tu pukul hingga menjadi kental, ketepikan. Sediakan bahan basah. air, kuning telur dan mayonnaise, gaul rata. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering. Masukkan mentega dan akhir sekali selang selikan putih telur itu dan cara kaup balik. Sedikit demi sedikit. Rehatkan sebentar.

Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Letakan dlm satu senduk. Tunggu sehingga permukaan adunan tadi berbuih dan agak kering. Terbalikkan sebentar. Kemuadian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saya hidangkan dgn apple yg di masak dgn gula, kayu manis dan sedikit tepung jagung. Juga saya tambahkan dlm 1 cmb cuka apple.

Semoga hari anda akan lebih ceria dan positif. Mulakan hari anda dengan kebaikan.




Salad Terung.



Pagi tadi ada menonton rancangan Rachel Ray.  Kebetulan lori yang jual sayur ada bawa terung. Apalagi saya pun ingin cuba salad ini. Taklah ikut 100 peratus. Oklah saya kongsi resepi ini. kalau tak habis boleh buat bruschetta atau sandwich.

Bahan-bahannya :-

1 biji terung panjang yg besar dan padat.
1/2 biji lada benggala. Saya ada yang warna merah
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit herba kering
daun ketumbar
minyak sayuran
cuka epal madu. (Honeygar)
sedikit garam
sedikit lada hitam
serbuk paprika
1/2 biji limau nipis.

Cara-caranya.

Dalam sebuah mangkuk bubuh dalam 3 susu besar minyak,  Bubuh bawang putih yang telah diketuk dan serbuk herba kering. Saya panaskan sedikit dlm microwave. Lepas tu sejukan sedit minyak itu.

 Sementara hiris terung itu setebal 1/2 inci. Sedikan tempat grill. Saya guna oven toaster roti saya ajer. Sapukan kepingan terung itu dgn minyak tadi. Perisakan dgn garam dan lada hitam. Juga taburkan serbuk paprika. Terus boleh panggangkan. Grill sampai tering tu gak lembut. Sejukkan seketika.

Sementar itu dalam mangkuk yg lain bubuh minyak sayuran, Baki bawang putih tadi dicincang dan bawang besar yg dicincang. Disebabkan saya buka bawang besar yg dimasak ..grilkan juga bawang besar tu dan seterusnya dicincang.
Masukan cuka epal itu dan gaulkan. Masukkan lada benggala yg dipotong dadu, daun terung tadi yg juga di potong dadu. Masukan daun ketumbar dan garam. Masukan zest limau nipis dan jusnya. Perisakan dgn garam dan gaul sehingga sebati. Boleh siap untuk dihidang.

Sup kepala ikan



Hari ni taklah panas sangat. Cuaca ok ajer alhamdulilah. Masak agak lambat jugak.  Mula cadang nak makan nasi beriani tapi memandangkan dah lama tak buat sup masak ajerlah. Lagi pun kepada ikan jenahak ada dalam freezer. Masak dalam skala kecil ajer

Sup kepala ikan.
 Bahan-bahan :-

1 ulas bawang besar. (dicincang)
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*.
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah keras*
1 sudu besar lada putih*
  Semua bahan * ditumbuk halus.

,
1 biji tomato di potong 6
sedikt saderi dan daun bawang, daun sup.
1/2 biji lemon.
bawang goreng untuk hiasan.


Cara-caranya.

Masukkan 2 sudu besar minyak sayuran. Tumiskan bawang besar, bunga lawang dan kayu manis .
Setelah bawang agak layur masukkan  kepala ikan. Biarkan seketika. Masukkan saderi, dan daun bawang. Saya gunakan daun bawang yang berwarna putih.
 Masukkan air, tomato dan biarkan ia mendidih dgn api yg perlahan. Masukkan juga bahan yg ditumbuk itu. Perisakan dengan garam.
 Apabila sup telah mereneh masukan lemon zest dan jus perahan lemon.
Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Hiaskan dgn bawang goreng.