Saturday 23 March 2013

Kek Cawan Coklat

Syukur kepada Allah diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menambah satu lagi entry didalam blog ini. Semoga ia menjadi asbab untuk kita saling berkasih sayang sesama hamba Allah. Memandangkan cuti sekolah telah bermula dan akan bertambah meriahlah rumah ini. Resipi ini saya ambil dari website Joy of baking.com.



Bahan-bahannya :-

50 gm serbuk koko
240 ml air panas
175gm tepung serbaguna
2 sk serbuk penaik
1/4 sk garam
113 gm mentega
200 gm gula kastor
2 biji telur besar
2 sk vanilla

Cara-caranya:-

1. Campurkan serbuk koko dan air panas untuk dijadikan paste. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas lain campurkan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas pengadun masukkan mentega dan gula kastor. Pukul adunan sehingga berkrim.
4. Masukkan telur satu persatu serta vanilla. Gaul rata.
5. Dengan kelajuan perlahan  masukkan paste kota berselang seli dengan tepung. Pastikan campuran tepung 
    dimasukkan diakhir proses.
6. Panaskan oven pada suhu 160 c. Sediakan cup. Masukkan adunan kedalam cup sehingga paras 3/4 dari 
    paras cup. Bakar selama 25-30 minit.

Selamat mencuba.







Asam Laksa

Sejak minggu lepas teringin hendak makan laksa. Selalu kalau jual dipasar malam tu cair ajer. Oleh tu mulalah projek mencari resipi yang menepati citarasa dan yang mudah. Hari ini walaupun mood tidaklah seberapa rajin dan jiran yang murah hati memberi bunga kantan dan daun kesum maka terhasillah Laksa. Saya menggunakan laksa basah yang terdapat di pasar. Resepinya saya agak-agak ajer.



Bahan-bahannya :-

1kg laksa basah
1 kg ikan kembong
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
30 tangkai cili kering. rendam sebentar dgn air.
3 cm belacan * terpulang ikut suka
3 kuntum bunga kantan dihiris halus
daun kesum dlm 10 tangkai
asam keping dalam 8 keping
2 liter air.* saya agak-agak ajer.
garam dan gula secukup rasa.

Untuk hidngan sampingan, cili padi, timun, telur rebus.

1. Rebus ikan bersama beberapa asam keping lebih kurang 10 minit. Asingkan isi ikan dari tulang. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan tadi. Ketepikan. Kisar pula tulang ikan dengan sedikit air. Tapis dengan penapis dan bubuh didalam periuk. Bersihkan  jug pengisar tadi.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih,halia serta belacan. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama isi ikan tadi.  Masukkan asam keping selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
3. Renihkan kuah tadi selama 30 minit.
4. Celurkan laksa basah tadi dan toskan.
5. Hiris timun panjang. Hidangakan laksa itu bersama cili padi, timun dan telur rebus. Boleh juga tambah ulam-ulaman seperti daun selom dan hirisan nenas.
 Selamat mencuba.








Sunday 17 March 2013

Lemon Cupcakes with cranberry

Lama juga tak buat cupcakes. Resipi asal dari Lynn Hassan. Guru kek yang gigih yang mengusahakan mysugar class. Kek ini mudah ajer. Mengunakan creamy method. Saya tak ada tepung naik sendiri jadi saya guna tepung biasa dan tambah dengan 1 1/4 sudu kecil baking powder. Kepada kenalan sudilah mencubanya. Saya buat separuh dari adunan ini.




Bahan-bahannya:-

290 gm tepung naik sendiri
250 gm butter
210 gula kastor
4 biji telur
3 tsp vanila. * saya gantikan dgn lemon paste.
4 tbsp fresh milk
tambahan saya campur cranberry kering dalm 1/4 cawan. Cincang halus.

Cara-caranya :-

1.Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebentar.
3. Masukkan vanila.
4. Masukan tepung sedikit demi sedikit. Selalu saya bahagikan kepada 3 bahagian. Olen kerana ada                    
    cranberry saya campurkan sekali dgn tepung.
5. Masukan susu dan gaul sebati.
6. Panaskan oven 160 C. Masukan aduan dalam mangkuk kertas. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga
    masak.




Wednesday 13 March 2013

Ayam Percik resipi Ibu

Resipi ini adalah dari ibu saya. Mulanya beliau dapat resipi ini dalam satu rancangan masakkan di TV. Beliau olah resipi itu mengikut kesesuainya. Mungkin ia berlainan dari resipi orang lain. Tetapi resipi ini sudah sebati dalam keluarga dan akan dimasak setiap kali hari raya. Dengan adanya resipi ini diblog dapat ler cucu-cucu beliau menjadikan ia panduan. Seperti saya masih terkenang-kenang satu masakan dari ibu saudara. Mungkin anak-anak makcik tu tau resipi tu tapi sudah lama tak merasainya.  Membuatnya agak remeh tetapi sememangnya lazat. Tak pernah lagi jumpa orang lain membuatnya. Oklah untuk resipi ayam percik saya catitkan dibawah.


Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam telah dipotong dan dibersihkan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 inci lengkuas*
5 batang serai. 2 dititik dan 3 lagi dikisar*
1 sudu besar assam jawa
sehelai daun kunyit
Santan pekat dari 2 biji kelapa
garam,
gula
belacan
minyak untuk mengoreng dan menumis.

Cara-caranya :-

1.Garam kunyitkan ayam dan goreng sehingga keperangan. Toskan dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda *.
3.Kurangkan  minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi. Masukkan serai yang di titik dan
   cili giling. Tumis dengan api perlahan dan masak hingga garing.
4. Masukkan assam jawa dan belacan. Tumis hingga naik minyak.
5. Masukkan santan pekat dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan juga sebahagian        
    daun kunyit.
6. Bila kuah agak pekat masukkan ayam yang telah digoreng. Kecilkan api dan biar kuah itu
    merenih dengan perlahan.
7. Setelah kuah bertambah pekat boleh ler masukkan dauh kunyit yg diracik halus.
8. Bolehlah dihidangkan.




Tuesday 12 March 2013

Popia Goreng

Syukur kepada Allah diberi kesempatan dan kelapangan untuk menambah satu lagi post dalam blog ini. Sebagai seorang yang baru masih lagi banyak kelemahan. Semua itu saya jadikan cabaran untuk menimba pengalaman. Popia ini mudah dan ringkas untuk disediakan. Tapi kalau tak mulakan langkah tak menjadi jugak. Mari kita semak resepinya.



Bahan-bahannya.

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 gm udang
200 gm sengkuang di hiris. * saya sagat ajer guna mini wonder.
100 gm lobak merak
sedikit daun bawang
garam secukup rasa
sedikit sos tiram

Kulit popia secukupnya.

Cara-caranya.

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih. Masukan udang dan tumis sehingga udang masak.
2. masukkan sengkuang, labak merah. Perisakan dengan garam dan sos tiram.
3. Akhir sekali masukan daun bawang yg sudah dihiris.
4. Sejukkan inti popia.
5. Ambil kulit popia sehelai demi sehelai. Isikan inti sayuran dan bolehlah digulung. Buat
    sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng popia tersebut.
7. Setelah masak angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan bersama sos cili.







Friday 8 March 2013

Kek Pisang Mudah

Assalammualaikum semua. Semoga sesiapa yang membaca blog ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Cuaca masuk bulan March ni agak panas dan terik. Bagus untuk sahabat-sahabat yang membuat macaroon. Pada petang ini memandangkan ada stok pisang dan ada bekas jiran dan kawan yang belum dipulangkan saya buatlah kek pisang. Selalu saya menggunakan resepi CMG kek pisang lembabnya. Tapi hari ni saya pilih resepi beliau yg mudah. Kalau kita tak cuba banyak resipi kuranglah pengalamannya. Kepada sesiapa yang mencubanya boleh tinjau dalam blog CMG tiffinbiru.blogspot.com. Dalam blog beliau resepi ini Kek Pisang cepat siap. Memang mudah dan cepat siap pun.






BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (saya bubuh 130gm gula kastor dan 60 g gula perang)
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur 
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (Saya bubuh sedikit serbuk kayu manis)
Chocolate rice sebagai hiasan( Saya letak badam cincang )
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..