APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
Note :- Saya campurkan butter kedalam adunan gula hangus itu. Adunan yang telah dicampur degan air. Tutup api dan masukkan margerin atau butter tadi. Saya gunakan acuan kecil. Masa mengukus dlm 15-20 minit. Pastikan acuan disapu dengan minyak.